Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.

Assalamualaikum semua. Hari ini Alang akan kongsikan kepada korang semua, cara mudah, senang, ringan, ringkas untuk memasang bracket TV supaya kelihatan kemas, kualiti, dan tegap.

In shaa Allah, step – step yang Alang akan kongsikan ini, akan dapat membantu anda semua.

Tapi, jika anda memerlukan khidmat upah pasang / pemasangan bracket Tv, anda boleh menghubungi Alang 013-6386109. Alang cover area Melaka ye. Pamasangan bracket tv di kawasan melaka. Okeyy

Video : Cara Mudah Pasang Bracket TV LED LCD Di Dinding Dengan Kemas Dan Mudah. Bantu saya dengan SUBSCRIBE! Klik Sini untuk lihat Video

Video : Cara Mudah Pasang Bracket TV LED LCD Di Dinding Dengan Kemas Dan Mudah.
Video : Cara Mudah Pasang Bracket TV LED LCD Di Dinding Dengan Kemas Dan Mudah.

OK, Alang nak tanya anda. Jawab dalam hati. Sebab apa anda mahu pasang bracket TV?

  1. Untuk kelihatan teratur, kemas dan tegap
  2. Supaya anak – anak atau budak – budak tidak bermain dengan TV
  3. Mengelakkan TV daripada terjatuh. (kalau tidak pasang braket TV)
  4. Menjadikan ruang tamu kelihatan luas
  5. Flexible kerana senang untuk dicabut dan dipasang

Apa itu bracket TV?

Bracket Tv adalah satu barang khas yang dibuat untuk memegang / mengantung Television daripada terjatuh. Ianya digantungkan rapat di bahagian dinding. Sangat mudah dan kelihatan kemas.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Single Arm Bracket Tv
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Bracket TV

Sebelum Alang teruskan dengan lebih lanjut, Alang akan kongsikan dari awal,

  1. Cara nak beli dan pilih bracket TV,
  2. Apa yang Alang suggestkan untuk bracket tv untuk kediaman,
  3. Cara memasang bracket TV, dan
  4. Cara nak adjust Bracket TV.

Semua ini Alang akan kogsikan serba sedikit.

Cara Sebelum Membeli dan Memilih Bracket TV Melaka, Malaysia

Di pasaran, ada pelbagai jenis bracket TV yang ada. Ianya sesuai untuk semua jenis television seperti Panasonic, Samsung, Sharp, Toshiba, Phillips, dan Sony. Tapi, apa yang paling penting adalah pemilihan jenis bracket Tv dan saiz bracket Tv yang sesuai dengan Tv anda.

Antara jenis bracket Tv yang ada di pasaran Malaysia adalah

  1. Single Arm Type
  2. Ceiling Mount Type
  3. Fixed Type
  4. Double Arm Type
  5. Tilt Type
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Single Arm Type Bracket Tv
Ceiling Mount Type Bracket TV
d6b20ffc03a04928d1e05bf8fa34f783
Fixed Type bracket TV

 

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Tilt Type Bracket Tv

Jadi, anda sudah tahu braket Tv yang dijual di pasaran Malaysia. Jadi, anda sudah boleh memilih bracket Tv mana satu yang sesuai dengan rumah anda.

Bagi Alang, untuk kediaman terutamanya rumah sendiri, Alang cadangkan anda memasang TILT Type Bracket TV. Kenapa?

  1. Harganya lebih murah berbanding Single Arm dan Double Arm
  2. Kelihatan Ringkas dan Kemas
  3. Mudah untuk dipasang
  4. Ada sedikit adjustable degree supaya kita boleh adjust atas dan bawah mengikut keselesaan kita

Untuk satu lagi, iaitu pemilihan saiz bracket tv, macam mana anda nak tahu, bracket tv mana yang sesuai dengan Tv rumah anda?

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Tilt Type Bracket TV

Untuk membeli bracket TV, anda perlu membeli television dahulu. Berapa Inch Tv yang anda sudah beli. Macam saya, saya biasa beli Tv Samsung 32Inch. Jadi, anda perlu beli bracket TV yang bersesuaian dengan TV anda. Anda perlu lihat di kotak bracket TV. Yang ini.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Suitable 26 Inch sehingga 60 Inch

Maksudnya, bracket Tv ini sesuai dari TV 26 inch sehingga 60 inch. Haaaa. Nampak tak?Jelas kan apa yang Alang kasitau.

Mesti anda nak tahu, kenapa Alang tidak guna yang Fixed Type Bracket TV? Kenapa?

Hehehe. Ok, ni Alang nak kasitau. Iye, kalau nak ikutkan harga, fixed type lebih murah berbanding tilt type. Ada 2 benda yang Alang tidak berkenan dengan Fixed Type ni. Sebabnya adalah :

  1. Wayar di belakang Tv teramat santak ke dinding. Maksud Alang adalah, wayar di Tv itu akan kelihatan terpaksa masuk. Ini yang kita mahu elakkan.
  2. Anda tidak boleh nak adjust kedudukan atas dan bawah tv. Kebiasaannnya Alang nak pasang bracket Tv tinggi sedikit, dan tundukkan Tv.
Fixed Type Bracket Tv. Wayar Ariel kelihatan paksa masuk. Sangat tidak elok.

Ini nasib baik wayar ariel sahaja. Kalau wayar HDMI kena belokkan macam tu, aduhhh. tak tahu nak cakap apa. Jadi, lebih baik anda semua membeli TILT Type Bracket TV.

Wayar kelihatan kemas dan tidak memaksa jika tidak menggunakan Fi

Dan ini satu lagi. Alang akan pasang bracket Tv tinggi sedikit, dan akan tundukkan Tv. Macam ini.

Alang akan pasang bracket Tv tinggi sedikit, dan akan tundukkan Tv.

Yang ini mengikut kesesuaian kita lah. Okeyy semua.

Cara Mudah Untuk Memasang Bracket Tv

Okeyy. Alang akan kongsikan step by step cara nak pasang bracket Tv. Harap anda dapat mengikut step – step ini dengan jayanya. Jom!!

Bila anda buka kotak bracket Tv, anda akan dapat macam ini.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Tilt Type Bracket Tv
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Screw set yang diberi Untuk bracket Tv
Tempat Gantung Di Dinding
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Screw yang anda akan dapat.

Tidak semua screw yang anda akan gunakan. Tang lebih – lebihan screw itu anda boleh simpan. Okeyyy.

Selepas itu, anda perlu memasangnya di belakang TV anda. JOM!!

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Letakkan Tv di permukaan yang rata dan lembut seperti sofa.

Anda nampakkan, yang lubang putih itu. Tempat itulah yang anda akan letakkan screw. OK.

Pastikan kedudukan Bracket itu betul.

Sebelum anda pasang bracket di belakang TV, pastikan kedudukkan bracket itu betul, yang mana atas, dan mana bawah. Di jari saya itu, adalah kedudukkan atas. Kenapa?

Sebab anda akan sangkutkan itu pada besi di dinding nanti.

Pasang yang bulay warna hitam

Selepas anda pastikan yang mana atas dan yang mana bawah, anda perlu meletakkan grtah warna hitam di bahagian screw. Selepasnya ketatkan screw.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Pilih Screw yang bersesuaian
Letakkan screw
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Ketatkan Screw.
Masukkan adjustable degree ini ke tempat yang sebetulnya
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Telah siap diketatkan dan dikemaskan

Alhamdulillah, siap pada bahagian TV. Hehehe. Jom kita pergi di bahagian dinding pula.

Untuk bahagian dinding, anda perlulah menebuk dinding dengan menggunakan screw dan wall plug yang diberikan. Kebiasaannya saiz 10.

Jadi, anda perlu menggunakan mata drill saiz 10.

Kejappp!! Anda tidak tahu cara – cara untuk drill dinding. Saya juga ada sediakan cara mudah untuk menebuk dinding supaya kelihatan sangat – sangat kemas. Tekan link ini.

Anda perlu tanda dan menebuk lubang dengan cermat dengan menggunakan mata drill saiz 10.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Marking dan Drill dengan cermat dengan menggunakan mata drill saiz 10
Marking dan Drill dengan cermat
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Lubang yang telah dihasilkan di dinding.
Masukkan wall plug saiz 10 ke dinding
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Masukkan Wall Plug dengan menggunakan menukul yang kecil

 

Wall Plug yang telah dimasukkan ke dalam dinding

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik seperti gambar dibawah, ada teknik untuk mendrill supaya kelihatan balance, cantik, kemas dan tegap. Apakah cara – caranya? Jom Alang kasitahu.

  1. Anda perlu drill satu lubang sahaja. Belah kanan atas sekali
  2. Selepasnya, masukkan besi yang dekat dinding itu, dan ikat dengan menggunakan screw. Ikat hanya untuk memegang. Bukan untuk mengetat.
  3. Ambil timbang air, dan dan pastikan besi yang melekat di dinding itu, betul – betul balance (stabil)
  4. Tandakan lubang yang kedua, ketiga dan keempat.
  5. Kemudia, drill dengan cermat.
  6. Hasilnya ada di gambar dibawah
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Drill keempat – empat lubang untuk memasukkan screw dan wall plug
Wall Plug yang telah dimasukkan
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Ketatkan screw dengan menggunakan spanar saiz 10
Hasilnyaa. Alhamdulillah, telah berjaya drill dan pasang dengan elok
Berjaya

Selepas berjaya, anda perlu meletakkan Tv ke dinding. Tapi sebelum itu, ada beberapa step yang perlu anda ikut.

Anda perlulah meletakkan dahulu screw stopper. Ianya ada di bahagian bawah bracket Tv.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Screw di bahagian waha bracket. Ini saya terbalikkan Tv

Lepas itu, sangkutkan Tv ke dinding.

Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Gantung macam itu.
Anda terlah berjaya menggantungkan Tv anda ke dinding
Stopper Tv supaya tidak jatuh. Anda perlu merapatkan.
Cara Mudah, Senang, Ringan dan Ringkas untuk Memasang Bracket TV Dengan Lengkap, Teliti Dan Kemas.
Alhamdulillah, Berjaya siap

Macam mana cara untuk adjust atas dan bawah bracket Tv

Untuk adjust supaya Tv kelihatan menunduk atau mendongak, ada perlu memulaskan yang ini.

Longgarkan dan adjust supaya kelihatan menunduk. Kemudian, ketatkan semua kedua – dua belah.
Kelihatan menunduk

Alhamdulillah, anda telah berjaya memasang dengan jayanya.

Mesti anda mahu bertanya. Antara soalan yang biasa dikemukakan adalah.

Berapakah harga bracket tv untuk tv samsung, sharp aquos, panasonic atau phillips.

Bracket tv boleh digunakan untuk kesemua jenis tv. LED, LCD atau plasma pun boleh.  Tidak kisah jenama apa pun, semuanya boleh digunakan. Dan harga bergantung kepada kedai yang anda beli. Rm50 kebiasaannya untuk Tilt Type.

Untuk membandingkan harga, boleh pergi di laman web lazada.my. Okeyyy. Di situ ada jual beli bracket Tv.

Bagaimana cara untuk melepaskan bracket tv dari dinding?

Caranya dengan membuka 2 screw yang berada di bahagian bawah bracket, dan menolaknya ke atas.

Bagaimanakah caranya untuk anda adjust bracket Tv atas dan bawah?

Seperti yang saya ada nyatakan di atas, ada dua pemulas yang berada di bahagian sisi bracket tv, anda hanya perlu melonggarkan kedua belah pemulas, dan anda bolehlah memulakan membetulkan kedudukan atas dan bawah. Kemudian, ketatkan semua jika anda telahpun, selesai membetulkannya.

Berapakah upah pemasangan bracket Tv sekitar Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor?

Upah pemasangan bergantung kepada individu dan tempat. Kos upah diambil berdasarkan jenis bracket yang anda mahukan dan kepakaran seseorang itu dalam kerja yang dilakukan.

Bagaimana cara memasang Tv di atas meja?

Setiap pembeli Tv, akan disertakan sekali dengan stand Tv. Anda perlu menggunakannya dengan betul. Hanya menggunakan screw sahaja.

Sekian sahaja Butiran Hikmah dari saya Alang.

Dikemaskini pada 6/5/2018.